My Blog List

Friday, 2 December 2011

Kenangan zaman sekolah !

Salam HAHA ! nak cta mai kit zaman kolah. dulu masa masuk zaman remaja ya lah zaman kolah menengah memang baik saja tapi bila mai pertengahan ka baik tukar jadi jaat ooo. .  memang nakal gila arhh dulu. .ingat lg bila first time aq bljar tok ponteng klas mmg gtaq gla time 2. . bkn tkowt pa tkowt trsrmpak ngan cikgu displin xpown guru klas sndri ja. . tp dah aq bncie sgat sbjek sjrah dulu aq pown amek kptsan tok ponteng with kwan2ku. . klie ke2 mmg arh slamat tp bla mai klie ke 4 5 ka hampeh smuw hncuq. . HAHA ! kntoii ngan cikgu displin. . xslap aq kn time 2 tgktan 4 kowt yg kntoii. . . mmg mluw gla arh. . cm nh arh. . tme 2 xslap aq kan aq sbjek math moden kowt. . haa btoii arh. . tp nk abq mai kn cikgu 2 mmg taw bla dya msok ja msty kmie 5 owg kan ilang. . kmie kn p lpak kt tndas pown mcm sstgahnya. . tp kn p tlg ckgu n arrhh whatever larh kan. . tp time kntoii arh plak bla ckgu tnya kmie ckap dah gtaw dah kat guru sbjek tp hahahaha dya p trowt kmie kt blik guru so apa lg kntoii suda maaa. . kmie hnya diam ja n tguw sumpahan yg kn dbrikan jew lahhh. . taw x kmie kna cuci tndas laki n pompwan. . tp yg snoknya bla tme blik ja bjuw kmie abis bsah bb kmie bnyak men dri mmbsoh. . hee so apew ag spa yg msok jtowh arhh bb lntai lcin. . kna larh pgai lg ngan ckgu dsplin bb men2. . so dari ary 2 kmie x ponteng dahh. . heee. .

Thursday, 1 December 2011

Novel Ciptaanku khas buatmu !

Pertama kali aku melangkahkan kaki memasuki ke alam pekerjaan. Betapa kekoknya aku ketika itu yang belum ada apa-apa pengalaman dalam dunia perniagaan. Aku pelajar graduate dari UITM lepasan Ijazah mendapat tawaran pekerjaan di Syarikat Empoyers Citra Sdn.bhd telah membawa aku kedunia yang belum pernah aku alami sebelum ini. Aku memulakan pekerjaan aku pada hari pertama seperti biasa, pada hakikatnya banyak lagi benda yang perlu aku pelajari dalam selok belok perniagaan. Aku bekerja di syarikat itu sebagai Setiausaha syarikat. Memang itu bidang pelepasan ijazah yang aku belajar dahulu. “eira kalau nak bekerja di syarikat kita perlu jujur dan amanah dan jangan sesekali mengkhianati orang disekeliling” masih terngiang-ngiang lagi kata-kata emak yang tidak pernah putus-putus memberi semangat kepada aku yang hanya seorang sahaja anak perempuannya dari empat anaknya dan aku yang bongsu. Sedangku asyik berkhayal aku tidak menyedari yang waktu telah menunjukkan masa untuk aku makan tengah hari. Terasa perutku sungguh lapar. Aku segera mengemas tempatku kemudian bergegas untuk ke kantin yang hanya terletak dibawah syarikatku sahaja. Aku yang ketika itu tidak mengenali sesiapa terus membatukan diri dan terus menjamah makanan yang telah aku beli sebentar tadi. Kelaparan telah membuatkan aku tidak berasa malu dan kekok walhal aku adalah pekerja baru yang tidak dikenali sesiapa pun. “Boleh saya temankan awak makan?” tersentak aku dibuatnya apabila ditegur oleh seorang jejaka tampan yang tidak aku kenali. Hanya mengenakan seluar jeans bewarna biru dan t-shirt panjang yang di lipat ke paras lengan. Dari segi pakaian nampaknya dia bukan seorang pekerja disini mungkin client di syarikat aku bekerja.  Aku yang sedikit terpegun dengan penampilan simple nya itu telah dimatikan lamunan apabila dia memanggilku. “miss may I site here?” aku Cuma mengganguk dan hanya tersenyum bersahaja. Pekera baru ka? Aku terus tersenyum dan mengganguk buat kali yang kedua. Cik segan ka untuk bercakap dengan saya? Aku terus memberanikan diri dan bersuara ehh, tak lah saya Cuma terkejut sikit ja tadi sebab tak sangka pula yang awak nak temankan saya makan.. aduh,, apa yang aku melalut ni hanya berbicara dalam hati sahaja. By the way my name is Haikal juz call me Ejal. Aku pun memperkenalkan diriku. Awak boleh panggil saya eira. Nice name katanya sedikit memuji. Emm, ejal kerja disini ka? Dia hanya tersenyum kepadaku dan tidak terus menjawab pertanyaanku malah aku pula diajukan soalan. Eira kerja disini tingkat berapa? Tingkat 12. Ringkas sahaja jawapan aku yang sedikit geram. Aku Tanya soalan tak nak jawab aku pula yang diajukan soalan. Apa yang laki ni nak sebenarnya. Getus aku didalam hati. Eira baru bekerja hari ini ka? Aku Cuma sekadar mengganguk kerna malas hendak dilayan sangat. Dah ada boyfriend? Aku yang sedang menghirup sup yang dibeli tadi sedikit tersedak dengan pertanyaannya itu. Lantas aku memandangnya dengan sedikit tajam dan menjawab soalannya. Perlu ka awak tahu hal peribadi saya? Tak-tak saya Cuma Tanya ja tak pa kan? Fuhh, aku jadi semakin geram dengan perangainya yang sudah semakin menjadi-jadi. Lantas aku bangun dan terus meninggalkannya yang terkapai-kapai melihat tinggah lakuku yang agak mengejutkanya.




Kereta myvi berwarna biru telah masuk ke perkarangan rumahku. Kelihatan kelibat emakku yang telah menunggu kepulanganku daripada tempat kerja dengan senyumannya. Mesti emak tak sabar untuk mendengar cerita tentang hari pertama aku di tempat kerja. Getus aku didalam hati. Memandangkan hanya aku seorang sahaja anak perempuannya jadi aku dianggap sebagai teman untuk berbicara dengannya. Tingkah laku mak yang mengambil berat dan penyanyang terhadap semua anak-anaknya membuatkan aku selesa dengannya. “haa dah pulang dah anak mak sorang ni,macam mana ok tak tempat kerja adik hari ini. Panggilan adik memang sering digunakan kerana aku adalah anak bongsunya. Kot ya pun mak bagilah adik masuk dulu,penat lah.. jawab aku sedikit nada gurauan. Emak hanya tersenyum kearah aku dan terus kedapur untuk menyediakan makanan buatku. Itulah makku yang tak pernah memilih kasih antara semua anak-anaknya.  Along mana mak? Along kau tu kalau tak pukul 11 mlam tak Nampak lah muka dia tu. Macam drakula pula duk Nampak malam ja.. aku yang mendengar rungutan mak terus ketawa dengan kelatah mak itu. Mak aku sememangnya pelawak orangnya dan akan bertukar menjadi serius kalau melibatkan hal-hal yang tertentu. Haa,yang kau pula macam mana dengan kerja hari ini? Bos ok tak? Bos?? Baru aku terlintas di fikiran tentang bos aku yang belum aku kenali tadi. Semasa aku masuk tadi hanya setiausahanya sahaja yang mengaturkan aku. Hmmm, anak dara aku sorang nilah bila ditanya melamun lah pula.. Norfazira dengar dak mak Tanya apa tadi!!! Aku terus mematikan lamunan dan hanya tersenyum kepada emak. Ehh. Kita Tanya dia senyum-senyum pula. Mak adik belum jumpa lagi lah bos tadi pun pembantu dia sahaja yang aturkan adik. Dia kata bos pi outstation petang baru balik. Owhh, ous apa tation ek? Hahahaha mak ni lah outstation lah.. mana lah mak nak taw bahasa orang puteh ni.. aku hanya senyum sahaja melihat mak aku yang betul-betul tidak dapat menyebut outstation dengan betul. Ha kau tu dah dapat kerja tak bagi tau dekat aidil ka? Tergamam aku dibuatnya apabila emak menyebut nama yang tidak asing lagi dengan hidupku. Tak pun tak sempat nak bagi tau. Ha tu dia lah yang penting tak nak bagi tau yang tak penting bagi tau pula. Alah mak nanti adik bagi tau lah. Lagi pun along dah taw kan nanti suruh lah along yang bagi tawkan lagi pun depa kan satu tempat kerja selalu bertembung muka jadi apalah susah sangat kalau nak mencuri satu saat untuk bagi tau tentang adik pada dia. Itulah kau adik ambil mudah sangat sampai hal kau pun kena along yang tolong sampaikan. Nanti bila dia bising kau katalah yang along ni mengungkit. Aku hanya senyum dan berkata alah mak adik penat lah nak naik dulu. Bye luve you.. itulah kau bila nasihat sikit lari bila lah kau nak jadi matang asyik fikir senang saja. Yang tau hanya nak manja saja. Alah mak sapa lagi yang nak manja dengan mak kalau bukan adik.. aku yang masih menaiki anak tangga mencelah sedikit perbualan mak.. aidil? Hmm buat apa aku bagi tau pada dia sedangkan dia tak ada sedikit pun masa untuk aku. Sejak kematian arwah ayah aku alonglah yang mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga dan menguruskan syarikat peninggalan arwah ayah. Memang along sibuk sampai permaisuri hidupnya pun tidak sempat dicari walaupun umur sudah mencecah 28tahun itu. Bak kata pepatah melayu bujang telajak. Aku pernah bergaduh dengan along waktu ketika dahulu. Selepas aku graduate along menyuruh aku untuk bekerja di syarikat arwah ayah tapi aku memberi alasan kepadanya bahawa aku mahu mengambil pengalaman dan pengetahuan tentang perniagaan dengan bekerja di syarikat lain untuk merasakan situasi sebenar menjadi pekerja sahaja. Along akhirnya mengalah dengan kata-kataku yang seakan degil dengannya. Selepas adik dah puas ambil pengalaman datanglah bantu along bila along dah tak ada nanti itulah kata-kata terakhir along yang amat sinis buatku.   Aku yang sudah berada dalam bilik terus kebilik air untuk membersihkan badan. Seperti rutin harianku selalu aku terus membuka laptopku untuk berchating dengan jejaka yang aku senangi sekali. Tuuuppp.. mesej telah memasuki ruang yahooku. Sah mesej dari jejaka itu. Pencuri hati itulah nama id nya dan aku pula menggunakan sweat gurlz. “macam mana kerja hari ini? Ok saja. Bos ok? Tak sempat nak jumpa. Ohh, kerja kat syarikat mana? Kenapa nak tahu pula. Hmm ok dah makan? Dahh,u pula? I pun dah makan dah. U tengah buat apa? I tengah siapakn beberapa kerja nak hantar esok. Biasalah baru balik dari outstation. Banyak perkara yang nak disiapkan. Aku sedikit tercengang di skrin hmmm.. outstion? Ok bz ka? Kalau bz tak nak kacau. Tak pun dah nak habis dah. Hmm, I tidur dulu ek letih lah jawab aku dengan mengakhiri perbualan kami. Ok gudnite darling.. tersentak aku membacanya. Patut lah dia letakkan pencuri hati. Ya sememangnya dia hampir-hampir mencuri hatiku. Aku yang letih dengan kerja terus menutup komputer riba aku dan terus tidur.  






Pagi sungguh indah hari ini. Aku segera mencapai tuala dan terus kebilik mandi. Sesudah mandi aku terus bersiap dan turun untuk bersarapan. Gudmorning mak. Amboi segaknya anak dara mak ni dengan baju colour kuning lagi. Hari ini aku mengenakan baju kurung warna kuning air sedikit. Alah mak mana ada pun bukan adik selalunya cantik ka walau pakai apa pun.. amboi adik ni mak puji sikit dia lebih-lebih pula. Tersentak aku bila melihat kelibat angah yang datang kearah bilik bawah. Iaitu biliknya. Mak tak bagi tau pun kata angah nak balik kalau tak boleh adik ambil cuti untuk berjalan-jalan dengan angah. Yaa tidak dinafikan aku memang paling rapat dengan angah yang sentiasa faham tentang diri aku. Adik kan baru kerja dah nak cuti ka? Kalau angah jadi bos dah lama pecat adik dah tau. Adik amacam bos ensem tak? Aku yang tersentak dengan pertanyaannya terus menarik hidungnya dengan nakal sekali. Emak hanya geleng sahaja melihat telatah kami dua beranak. Alah angah bos macam angah lah ensem badan tegap. Memang tidak dinafikan angahku memang sungguh kacak sehinggakan ramai perempuan yang tergoda denganya. Aku terus ketawa kerana telah Berjaya menipu abang kesayangan itu. Yaka? Maknanya si aidil tu dah dapat lupakan lah? Dah dapat peganti bos pula tu.. nahh kali ni aku pula yang terkena, ingin menipu abang aku tapi aku pula terperangkap dalam situasi yang tidak mahu aku fikirkan setakat ini. Mak aku hanya tersenyum sinis padaku kerana telah membau bahawa aku telahpun terperangkap dalam perangkap yang aku ciptanya sendiri. Ehh, mana adalah angah,adik tak jumpa lagi pun bos tu. Besalah nama pun bos kan mana lah nak ada kat pejabat sentiasa. Angah yang telah mengetahui gelagat cemasku itu hanya ketawa meleret sahaja. Lorh, angah adik dah lewat ke tempat kerja ni ok bye see you.. aku segera meneguk secawan teh dan terus meninggalkan emak dan angah selepas bersalaman dengan mereka. Pon pon!!! Ehh suara kereta sapa pula yang membuat bising diluar pagar tu. Leter mak yang seakan perasan bunyi hon itu telah mengganggu suasana pagi kami. Eira jom!! Aku yang sedikit tercengang dengan sikap sesuka hati aidil yang datang menjemputku  tanpa memberitahu padaku. Pagi-pagi telah membuatku terasa membara. Ehh.ya pun masuk lah dulu aidil minum dulu ka? Tak palah makcik lagi pun saya nak hantar eira pergi kerja nanti lambat pula. Ni kan hari kedua dia pergi bekerja. Aku terpingga-pingga melihat telatahnya. “aku tak suruh pun mamat ni datang dan ambil aku ketempat kerja pelik sungguh anginnya pagi ni. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba muncul depan pintu pagar rumahku. Berbicara aku didalam hati. Ha tunggu apa lagi nek lah,lambat nanti kena marah dengan bos pula.. ahhh benci aku dengan sikap barannya itu. Kerna sikapnya itulah yang membuatkan aku tidak berapa menyukainya. Haa, awat senyap ja takkan kekasih hati nak hantar pun tak boleh kot? Tapi u x bagi tau dekat I yang u nak datang. Kena-kena tadi u datang time I belum siap. Mahukah u tunggu i? sedangkan tunggu seminit pun macam cacing kepanasan saja.  Nak bagi tau macam mana u mesej I pun tak. Merajuk tak tentu pasal. Awat u ingat I nak pujuk u ka? Sorry lah. Bara dalam hati aku sedikit terasa aku yang geram dengan kata-katanya terus mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Sepanjang perjalanan ketempat kerja aku banyak mendiamkan diri sahaja kerana sikapnya itu amat menyakitkan hatiku.

Setelah kereta dinaiki aku memasuki perkarangan syarikat tempat aku bekerja aku terus turun dari kereta tanpa bercakap apa-apa. Hey tak tau berterima kasih langsung ka hah? Terima kasih kataku padanya lalu mencebikkan sedikit mukaku kepadanya. Lalu ku berjalan meninggalkannya dan tidak menghiraukan panggilannya itu. Setiba di lif aku terus masuk dan menekan angka 12 iaitu pejabat tempat aku bekerja. Tekan 12 pleze.. aku yang tidak memandang wajahnya terus tidak menghiraukannya kerana number tersebut telah ditekan oleh aku sebentar tadi. Cik boleh tak tolong tekankan untuk saya? Hey tak nampakkah yang angka yang u suruh tekan tu telah menyala dan itu tandanya yang agka tersebut telah ditekan. Aku yang baran dengan sikapnya terus memarahnya dan terus memandangnya yang sedang terkejut akan sikapku itu. U bukan yang temankan I makan semalam ka? Hah sah lah lelaki tersebut adalah heh ejal.. dia hanya tersenyum bersahaja kepadaku. Ingat juga nama saya ya ingatkan dah tak ingat. Aku Cuma mendiamkan diri dan sedikit pun tidak mempedulikan katanya itu. Lif telah terbuka aku bergegas keluar dan terus menuju ke bilikku. Hari ini adalah hari aku berjumpa dengan bos aku yang tidak pernah aku ketemui sejak semalam.  Setelah mengemas bilik aku yang sedikit semak kerana selesai membuat kerja semalam aku terus menyandarkan diriku pada kerusi dan melelapkan mata buat seketika. Ensetku terus memainkan lagu ciptaan salem yang telah aku setkan sebagai nada deringku. Ya along ada apa? Adik asal layan aidil macam tu tadi? Dia cuba pujuk adik-adik buat endah tak endah saja. Aik?? Aku pula yang kena sedangkan tadi aku diberitahu oleh tuan punya badan yang dia takkan pernah memujukku. Adik!! Panggil along dalam telefon. Awat diam? Along tanyakan. Alah along tak payah amek tahu lah pasal dia tu ya. Adik banyak lagi kerja nak difikirkan selain memikirkan tentang aidil tu la.. haa tulah adik bila nasihat cakap tak mau fikir lah apalah. Bila pula adik nak ada calon suami kalau dah macam ni gaya? Umur tu dah 23tahun dah fikirkanlah jangan jadi anak dara tua sudah. Aku yang telah panas dengan kata-kata abang terus mengeluarkan kata-kata kesat. Sememangnya aku seorang yang jenis panas baran. Along kata adik tapi along tu sebenarnya yang bujang telajak. Ada hati pula nak nasihatkan adik. Dah lah bye!! Aku terus mematikan panggilan kerana menyampah dengan sikap along yang sering membela aidil dari adiknya sendiri. Sekali lagi telefon aku bunyi tapi aku tidak menyedari yang aku telah menggangkat telefon pejabat kerana hakikatnya telefon itulah yang berbunyi sebenarnya. Along nak apa lagi sudah lah adik nak buat kerja ni jangan sebab aidil kita adik beradik gaduh pula. “eira masuk pejabat saya sekarang”. Aku terkejut lalu hanya mengangguk dalam telefon sahaja walaupun tidak Nampak lalu pergi memasuki bilik bosku.










Tup tup.. pintu bilik diketuk lantas mendengar suara dalam memanggilku masuk. Dah siapkan kerja yang saya letak diatas meja awak semalam? Dah encik. Dia yang menghadap membelakangi aku membuatkan aku tidak dapat lagi melihat wajah tampan bos yang selalu digembar-gemburkan oleh staf-staf bekerja disini. Ok boleh beri saya tengok? Katanya lalu terus memandangku. Hahhh??? Laki ni kan? Errr.. kenapa eira? Terkejut ka? Laki yang bernama ejal adalah bos aku? Fuh, sunggauh menjelekkan. Tapi aku sedikit terpukau dengan ketampanannya yang semalam hanya mengenakan t-shirt tapi sekarang memakai kemeja bewarna biru putih. Sungguh mempersonakan. Nampaknya kerja awak ni amat mengembirakan saya. Tingkatkan potensi awak kalau hendak terus bekerja disini dengan lebih lama,ingat dah banyak dah orang jadi setiausaha saya dan awak adalah orang yang kesepuluh. Make sure that I don’t fired you.. ahhh sombongnya dia. Dia yang pecat atau pun orang yang berhenti sebab tak tahan dengan perangai egonya tu. Ee menyakitkan hati saja.. ok awak boleh balik ke bilik awak dan siapkan kerja yang saya bagi ni petang nanti tolong hantarkan kepada saya. Heh belagak pula mamat ni,harap muka jew kacak tapi menjelekkan saja. Aku kembali kebilik dan membuat segala pekerjaan yang diarah bos yang sungguh-sungguh menyampah bila aku melihat sikapnya. Yaa, tak lama lagi mungkin aku pula yang akan berhenti tidak lama lagi sebab sikapnya yang obses tu. Panjang sungguh lamunanku ketika itu dan tidak perasan pula yang ensetku telah berbunyi buat kali kedua. Hmm, aidil? Nak apa lagi lah mamat ni. Hello ada apa tepon i? I tak leh datang ambil u petang ni sebab client telefon nak berjumpa lepas kerja nanti sory ek. U boleh balik naik teksikan? K bye darling luv you. Fuh, kali ni betul-betul membuatkan aku begitu panas. Balik naik teksi? Kalau aku kena culik macam mana? Lagi pun aku tidak suruh dia mengambil aku pun! Ahh tekanan sungguh aku hari ini. Sikap ambil mudahnya terhadap diriku membuatkan yang aku berasa tidak penting langsung dalam dirinya ni. Kadang-kadang sikapnya yang membuatkan aku terasa hati membuatkan aku hendak sahaja berpisah dengan dia. Tapi sayang telah mengatasi segalanya. Tak apalah teksi pun teksilah. Bukan tak biasa naik pun teksi tu. Hari ini aku tidak turun untuk menjamu selera kerna emak telah memberiku bekal dengan berlaukkan makanan kesukaanku. Masak lemak cilia api. Fuh memang sedap sekali bila emak yang buatkan. Selepas menghabiskan makanan yang dibekalkan oleh emak aku terus menyambung kerjaku yang perlu dihantar petang ni. “hensem sungguh anak Tuan Megat yang baru balik dari London tu kan”. Megat Haikal Ariff kan namanya? Nama sekacak tuannya. Bila senyum saja dah membuatkanku terpukau dengan ketampananya,kalau aku dapat pakwe macam tu mesti tak kan ku lepas. Aku mencuri dengar perbualan beberapa orang staf yang kebetulan melalui bilik aku yang sedang memuji ketampanan bos aku Megat Haikal? Hah buat apa ensem kalau perangai ego melampau. Tidak mengambil serius tentang hal tersebut lalu terusku menyiapkan kerjaku kerna nanti takut dimarahi bos pula. Bos yang dipuja-puja oleh semua staf-staf pekerja disini. Patutlah belagak sombong lain macam saja rupa-rupanya anak bos ka. Dalam ku termenung sendirian sambil membuat kerja tersebut aku terleka yang jam sudah menunjukkan agka 4.30petang sepatutnya aku patut menghantar port folio yang diarah bos aku sebentar tadi. Aku segera mengemaskan tempatku lalu menghantar kerjaku itu. Pintu biliknya ku ketuk tapi sayang tak ada pula suara didalam menyuruh untukku masuk. Aneh! Aku yang menyedari ketukan aku yang kali ke tiga itu tidak dipedulikan aku terus memasukki biliknya tanpa disuruh. Walaupun aku menyedari yang perbuatan aku itu akan dituduh menceroboh. Tersentak aku melihat lelaki yang aku memaki hamun selama ini dengan sikap egonya itu tengah kusyuk bersolat didalam biliknya. Tergamam tanpa dapat mengeluarkan sedikit pun kata-kata yang selalunya ku katakan padanya. Ahh duduklah sory lah saya solat tadi tak perasan pula yang awak dah pun masuk tanpa diberitahu untuk masuk kebilik saya. Pelik!!! Tadi bukan main seriaus lagi dengan aku sekarang dah berubah jadi baik? Walaupun kata-katanya tadi membuatkan aku terasa yang aku telah menceroboh kebiliknya tapi senyuman manis dimukanya itu membuatkan kata-katanya tadi hanyalah satu gurauan semata-semata. Err, cik saya dah siapkan dah port folio yang cik suruh tadi tu. Ha letak saja dekat atas meja saya tu nanti saya tengok. Cik tak nak tengok-tengok dulu ka mana nak tau yang saya ada buat silap nanti boleh juga saya tolong perbetulkan. Tak apalah lagi pun saya percayakan awak-awak takkan sia-siakan kerja ni. Nohh, pelik dia belum kenal lagi aku tapi sudah mempercayai aku mentah-mentah macam tu saja. Kalau tak ada apa-apa awak boleh ke bilik sekarang. Ok terima kasih. Aku terus kebilik dan mengemaskan barang-barang aku untuk pulang kerumah. Tamat waktu pekerjaan aku jam 5,sementara menunggu jam menunjukkan angka 5 aku terus mengemaskan bilikku seperti keadaan asal kembali.    





Aku menjalan santai keluar dari pejabat sambil memikirkan cara untukku pulang kerumah. Mungkin kerna aku masih tidak biasa lagi untuk menaiki teksi dari sini pulang kerumah. Laluku menunggu di pondok pengawal untuk menunggu kedatangan teksi yang berlalu di tepi jalan syarikat tempatku kerja. Pon pon!! Aku dengan langkah terkejut terus beralih arah kesuara yang menyakitkan telingaku itu. Ya cik ada apa? Pasal port folio saya tu ka? Awat ada masalah ek? Eh jap cuba jangan banyak sangat Tanya saya nak cakap pun xleh sebab duk dengar sora awak saja. Er,aduhh malunya diriku getusku didalam hati. Malu yang teramat sangat. Awak tunggu sapa ni? Tunggu suami mai ambil ka? Hah? Suami? Tak lah tunggu teksi mai ambil saya. Hari ni saya tak bawa kereta. Tadi kawan yang hantar. Ohh,kalau macam tu mai saya hantar awak balik. Tinggal dekat mana? Taman Permai Indah. Ohh ok satu way saja dengan saya jadi awak bolehlah tumpang saya. Alah tak payah nak malu-malu. Dalam saya bos luar saya pun macam awak juga. Sungguh rendah diri. Dari sikap yang aku tengok tadi yang tegas dan sungguh menyakitkan hati. Nampaknya aku sudah salah sangka terhadap bos aku sendiri. Larh tercegat apanya kat situ. Tak nak naik saya balik dulu. Tapi kalau tak nak naik kenalah tidur dekat sini. Petang-petang teksi tak ada sangat. Aku terus membuka pintu dan menaikinya. Dia hanya ketawakan gelagat aku dan terus menggelengkan kepalanya sahaja. Tau pula nak naik ingatkan tadi nak tidur sekali dengan pengawal tu. Maklumlah nak tolong jaga sekali. Hahahaha ketawanya terus menjadi lantang apabila aku mencebikkan muka yang menjekelkan.  Adouhh, terpaksa juga aku menaikinya walaupun hatiku berat hendak menaikinya. Namun dari aku terkapai-kapai disitu lebih baik aku menebalkan muka untuk menaikinya. Kereta Mercedes yang dibawa oleh encik haikal telah keluar dari perkarangan tempat kerjaku dan menuju kea rah lalu lintas yang sibuk ketika ini kerana ketika waktu ini memang ramai masyarakat yang telah pulang dari tempat kerja.
Suasana dalam kereta banyak menyepi ketika ini kerana aku tidak tahu hal yang perluku bincang ketika ini. Kamu dah makan? Aku hanya beralih kearah lelaki tampan yang menjadi igauan setiap pekerja wanita di pejabatku dan hanya menggelengkan kepala sahaja. Kalau macam tu kita pergi makan char koey teow dekat tempat yang selalu saya makan dengan kawan-kawan saya. Dengan kawan-kawan ataupun dengan kekasih? Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari bibirku secara spontan. Kekasih? Perempuan sekarang boleh percaya ka? Abis disebelah dia sekarang ni perempuan ka laki? Kataku dalam hati sedikit geram. Dia berkata sebegitu seolah-olah aku bukan seorang perempuan yang hanya diam membisu disebelahnya. Ohh sory, ejal taw ejal dah tersilap kata. Pasang dia bahasakan nama pula denganku. Apa tujuan dia sekarang ni? Haa, dah sampai dah tempat yang selalu ejal makan. Tempat sini memang sedap char koey teow dia. Selalu ramai pengunjung yang datang. Tapi maaf lah yee eira kdai mkan biasa ja. . Haa, xpalah cik haikal saya tak kisah pun. Kalau awak kisah pun kena makan juga sebab rugi kalau tak merasa. . wahhh aq plak yg kna noo. . getus dlam ati.. pelayan di kedai itu mengambil order lalu beredar dari tempat duduk kami. Char koey teow special sudah dipesan oleh encik haikal. Hanya menunggu hidangan sampai saja. Sambil menunggu aq hanya mendiamkan diri saja kerna perutku sudah berkeroncang dan sudah kelaparan. Eira kenapa diam saja ni ? tak kan lapar sangat dah kot. Dia betul2 meneka dengan tepat. Aq sekadar mengangguk sahaja. Akhirnya sampai juga makanan yang dipesan. Aq yang kelaparan terus menarik char koey teow lalu memakannya. FAZIRA ! terkejut aq bla nma pnoh aq di sebut begitu keras sekali. Yaa cik ada masalah ka ? awak ni tak ada adab ka makan ? kalau lapar pun baca lah doa tu dulu. Aq yang sdah trlpa dgan bacaan doa terus mengangkat tangan lalu mmbaca doa menurutinya. Setelah kekeyangan kami terus memandu kereta keluar dari kedai tersebut dan bergerak kerumah. Kereta mess yang dipandu oleh encik haikal sudah menghampiri perkarangan rumahku. Aq menuruni lalu mengucapkan terima kasih padanya. Dia hanya tersenyum dan berlalu pergi. Kereta along ada dirumah ini menunjukkan along sudah pulang kerumah. Ati aq masih panas dengan kata2 along sebentar tadi. Aq yang member salam dan terus berlalu disitu. Along yang berada dibahagian dapur sambil menghirup the panas menegurku. “ haa tu sapa pula yang hantar ? patut jual mahal dengan aidil rupa-rupanya dah ada yang lain.” Angah yang paham perangaiku yang cepat melenting bila diperli mula berkata “ alah along ok apa dari si aidil yang keras kepala tu.” Aq yang mendengar kata-kata angah terus senyum lalu beredar dari situ sebelum along aq hilang kesabaran. Memang along aq begitu rapat dengan aidil dan aidil banyak menaikkan nama syarikat. Tapi tak semestinya adiknya perlu dipertaruhkan hati demi kawan sejatinya itu. Aq terus jalan meninggalkan abang-abangku tapi tiba-tiba mak pula menyapa aq. . haa adik sapa yang antar blik ? td bkn kereta aidil kan ? aq tidak menghiraukan pertanyaan mak lalu aku neniti tangga sambil tersenyum-senyum. .







Malam tu aku membuat rutin seperti biasa. Aku membuka laptop aq lalu
macam selalu satu mesej masuk kedalam inbox aq. Assalamualaikum u. walaikumsalam haii. Amacam kerja hari ni dah jumpa bos ke belum? Ermm dah jumpa dah tapi ego larh suka marah-marah tapi mod dia senang pula bertukar jadi elok. Biasa larh tu bos memang macam tu. I  dah blik outstation tadi lpas tu trjmpa pula dgan S/U baru kerja bagus tapi macam bendul pula I tgok kena ketuk baru berjalan. Aikk ? pliknya ? macam situasi aq ja pown aq mla berbicara dlam ati dan terus mengelamun ahhh kebetulan ja kot tu. U ? kenapa diam ja nih ? ada masalah ka ? ka I terlalu banyak cerita sampai u bosan dengan I ? nohaii kesitu pula mamat nih.. memang sesuai nama dia si pencuri ati kadang-kadang memang mencuri hatiku pun. Tak ada lah khusyuk dengar cerita u tu yang x berbalas. U dah makan ? I dah makan dah petang tadi dengan staf I yang bendul tu. Persamaan buat kali yang ke2. Hmmm dah rasa semacam dah niee. U I nk Tanya sikit bole ? ohh boleh u nak tnya apa ? ermm nma penoh u apa ? panggil aishh ja ok ? owh ok. Hmmm kan dah kata kebetulan saja ni. Tak apalah letih sangat ari ni I tido dlu ye aishh. Oo ok have some rest gdnite sweatheart! Tersentap aq sorang-sorang depan skrin. Benar-benar mencuit hatiku. Aq menutup LP aq lalu berbaring. Tiba-tiba telefon aq berbunyi dengan nada dering yang didendangkan oleh penyanyi yang bernama awie sememangnya aq setkan kepada ya aidil ! apa pula lah yang dia nak malam-malam buta ni. Hello awat u ? u ! balik dengan sapa tadi hah ? kan I cakap blik dengan teksi ! kenapa degil sangat ni ? perhhh dah lah tinggal aq pastu arah-arah aq pula. Gerutu aq dalam hati. U ! u tinggalkan I dengan tanpa merancang sekarang u nak marah-marah I pula ? mana ada teksi waktu petang-petang macam tu. Habis balik dengan sapa tadi hah ? jantan mana yang hantar u blik ? amboii sudah bikin aq panas dah nih. Aq tarik nafas dalam-dalam lalu meredakan keadaan u tadi I tunggu kat pondok pastu bos I lalu dia ajak balik sekali sebab on way saja. Itu saja lagi pun petang-petang mana ada teksi yang lalu lalang kat sini. U ! tunggu esok I nk jumpa bos u yang miang 2 ! tuttttttt telepon diletak.  Aq yang ingin meredakan keadaan menjadi sebaliknya pula. Baran dan cemburu buta dia sudah kembali ya sekarang bos aq pula yang menjadi mangsa. Silap-silap hari bulan aq pula yang akan dibuang kerja. Masih terngiang-ngiang lagi cara percakapan sombong bos aq itu. “ ingat kamu pekerja yang kesepuluh dan dah Sembilan orang saya pecat sebab macam-macam masalah.” Adohh pening-pening dengan si aidil ni. Malam ni aq tido agak lewat pada jam 4 bagi kerna fikiran aq agak serabut dengan masalah si aidil ini. Bila difikir-fikirkan balik nak juga aq tinggal laki ni tapi aq terikat dengan along aq yang sememangnya sangat baik terhadapnya dan selalu membela sahabatnya dari adik kandungnya sendiri.  Aq terlelap dalam pukui 5.30 dan……..






Adik ! kenapa tak bangun lagi ni ! dah pukul 8 dah ! tak kerja ka ? aq yang masih mamai lagi terus memandang jam di dinding bilik aq dan jam dah menunjukkan pukul 8:15 ya memang sudah terlewat aq hanya tinggal berapa minit saja lagi tok menyiapkan diri. Waktu kerja aq masuk pada waktu jam 9. . aq hnay tinggal 45minit saja lagi. Selepas aq sudah bersiap pabila aq ingin memakai kasut aq ternampak aidil menungguku diluar pintu rumah. Hatiku mula rasa tidak tenteram kerana teringatkan ancaman nya semalam.

Aku masih sayang ! tapii....

Dulu bila aq windu aq cuma ingat kau melalui kenangan kita saja dan cuma nyebut2 nama kamu saja. .  Tapi bila aq dah ada pggnti kenapa kau muncul dalam idop aq semula ? kenapa kau ada dlam frenz aq sekian lamanya sambil memerhati gerak geriku. . dan xpnah britahu aq !sekarang aq dah lain semua sbb kau aq cuba nk lwan tp kau sllu mncul dan bila wndu aq slluw tgok wall kau. .aq selluw post lguw kat kau bila kau blas aq sonok ngat tp bla blik dri kta jmpa dluw npa dan2 kau uat relation? knpa ? aq xksah or cmburu sbb aq pown dah brpnya tp skap kau x mcm 2 dlu x pnah uat aq skit aty tp npa skunk kau uat aq skit aty ngan tipu kau 2. . tlg larh aq nk stia weih. . unk pown dah ada awek dah kan ? so msg2 dah brpnya jga larh dya bek2. . kau kngan lama aq2 dah x nak ingat dah. . ya allah tlg larh bg aq stia pda yang stuw. . xsgop towk aq nk mlkaii atynya. . aq syg kau dulu tp bkn skrang. . sudah larh mlm2 aq mntiskan air mata kerna semua nh. . sakit aty bila ingatkan balik. . maaf aq block kau. . aq cuma nak setia n jauhkan kau dari idup aq. . bkn kerna bncie tapi kerna sygkan ubgan kau n awek kau dan sygkan ubgan aq. . aq x nk ubgan aq hncur kerna kau coz dya pown trlluw bek trhdap aq. . maafkan aq2 btoii2 trtkan ngan kau skunk. . harap kau baca dan stop2 contact aq. . salam 

Monday, 28 November 2011

Indahnya !

terima kasih kerna kau temukan aq ngan jjka yang lama aq idamlkan selama nh. . skunk aq dah bhgia cgat2. . sbb dya dah bhgiakan aq seperti yang aq idamkan. . luka aq dluw dah terubati dgan smuw skapnya. . aq berterima kasih cgat2 kerna kau mendengar rayuanku tok mendapatkan jjka seprti 2. . aq syg sma dya n aq dah trlalu menyintai dya seperti mna cnta aq dluw. . skunk pintu aty aq dah mla trbka tok mnrima cnta kmbli dan aq dah menjumpainya. . dan aq xkn sia2kn lg. . thanks kerna tlg aq lpakn cinta terlarang ku e2. . ckup larh stuw aty aq lkakakn dan bkn aty yg ke 2. . aq xkn sia2 kan cnta yg diberi dan xkn prnah mlukainya lg. . akan ku jga kumbang ku sebaik2 nya kerna aq tlah mengenal erti cnta yg sbnar dan pgrbanan trhdap cnta. . terima kasih kerna bagi peluang ke2 tok aq mmlkan idop bru tlah skian lama kelam dalam dunia aq sndri. . . assalamualaikum !

First Love ! turn to second love !

cinta itu butakan mesty yang follow blog nh bosan bca blog aq bb ksah cnta ja. . aq x bnyak crta bb kawan tp bb cnta bnyak so yg nh ja lah yg mmpu aq 2 leh. . hmmm cm na ek cnta pertma leyh lpa cm 2 ja. . 2 tndanya cnta ke2 aq 2 hbat. . baik, pnyyg, romantik n plg2 syg n ska MANJA ! like cgat. . tp stuw ja jem xndai pjok huhu bsa larh stiap owg kan adew klmhan nya. . tp y aq plik aq pnya cnta mti kat ez cm na leyh pling kt dya. . . 2 dnmakan jdoh mak nyeee. . . heehehehe

Terasa Kot !

Hmm alahai idop msty ka kna adew cmburu ? cm na larh aq nk ilangkan prasaan cmburuku nh ? dah larh cmburu twok. . ngan mmbe sndri pown nk cmburu ka ? mmbe x mmbe kn. . . 2 ttap pkwe kta kn. . .hmmmm cta cm nh. . aq trasa larh tme BF aq lbihkan mmbe aq dru aq. . tah larh slah spa. . mybe slah aq bb aq trlbeyh cmburu tp nk uat cm na kan dah sayang. . . hmmmm tp dah byk kli dah terasa cuma xbrni nk brtrus trang kdag2 aq rsa mcm aq yg lbih2 tp bla x trus trang aq rsa x pwas aty ja. . . tp bla smpai msa t aq kan brtrus trang juga. . .cuma masa ja x sesuai. . nk siasat btoi2 dluw. . heee cm pnyiasat larh plak kan. . HAHA ! dah2 ngarut. . assalamualaikum !

Thanks bhgiakan saya !

bhgia aq kerna cintamu. .  x sabar menanti kehadiranmu sayang ! aq sms kamu kerna aq merinduimu. . .aq telefon kamu kerna tok mendengar usikkan manjamu. . aq selalu berjumpa denganmu kerna melihatmu ku rasakan ketenangan. . ku selalu cerita msalahku padamu kerna kau lah sahabat dan cinta sejatiku. . . i will love you forever. .